Tuesday, December 28, 2021

Perbahasan Peringkat Jawatankuasa Kementerian Pengangkutan

 Video link: https://fb.watch/aa56jbgt9W/

Ucapan Perbahasan Perbekalan 2022, Kementerian Pengangkutan peringkat Jawatankuasa oleh Ahli Parlimen Bukit Bendera YB Wong Hon Wai pada 1-12-2021
Terima kasih Tuan Pengerusi.
Pertama Sekali, Butiran 031500 – Subsidi Perkhidmatan Operasi Tren Skypark Link telah dikurangkan dengan drastik daripada RM15 juta kepada RM5.8 juta. Satu massive cut. Saya sendiri pernah menaiki Skypark Train Link daripada Subang Airport ke KL Sentral dan saya dapati bahawa jadualnya satu jam sekali dan perkhidmatannya memuaskan tetapi amat kurang penumpang. Bolehkah Menteri menjelaskan tentang massive cut terhadap subsidi ini kerana ia bukan sahaja melibatkan penumpang- penumpang yang gunakan Subang Airport tetapi juga barangkali penduduk dari Subang Jaya yang perlu ke KL Sentral.
Butiran 010500 – Perancangan Strategik dan Antarabangsa. Saya dapati bahawa bajetnya telah ditingkatkan daripada RM3.1 juta kepada RM4.9 juta. Sila jelaskan apakah perancangan strategik dan antarabangsa yang bakal dirancang. Saya dapati bahawa baru-baru ini baca berita antarabangsa terhadap satu perkembangan yang berkaitan Pan-Asian Railway yang menyambung dari China ke Laos yang menyambung dari bandar Boten ke Vientiane di Laos dan merupakan satu perkembangan yang positif terhadap Pan-Asian Railway.
Tadi rakan-rakan kita telah membangkitkan tentang High Speed Railway dari KL ke Singapura. Saya meminta satu pertimbangan sama ada perancangan strategik dan antarabangsa ini, apakah overall strategic plan apabila ada satu rangkaian Pan- Asian Railway yang menghubungkan Kunming ke Laos ke Bangkok kemudian ke Malaysia dan Singapura.
Barangkali HSR juga boleh dipertimbangkan bukan sahaja selatan tetapi north, HSR North. Bukan sekarang tetapi perancangan masa depan. Bukan immediately. Perancangan masa depan supaya boleh sambung dari Butterworth dengan HSR pergi ke Bangkok dan sambung ke Laos kepada Kunming. Sebahagian daripada rangkaian Pan-Asian Railway.
Saya juga ingin membangkitkan isu Butiran 020300 – Pengangkutan Jalan. Baru-baru ini dibentangkan atas meja Ahli Parlimen terhadap Laporan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara, PAC report berkenaan dengan Penguatkuasaan Automatik AES. Satu skandal bahawa jumlah bayaran pampasan kerajaan kepada LTAT RM668.9 juta. Telah dihuraikan syor PAC, “Diminta kerajaan untuk declassified laporan siasatan JKSTUPKK tentang AES...”. Cadangan SPRM, “Untuk meneliti dan membuat siasatan terhadap isu-isu yang dibangkitkan"
Saya meminta Menteri jawab kerana melibatkan syor tentang PAC Parlimen.
Wong Hon Wai

No comments: